Malaysia's Biggest Investment Forum
May 23, 2012, 11:02:25 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News: Google Us!
 
   Home   Help Search Login Register  

Pages: [1]
 
Author Topic: CUT LOSS STRATEGY..TEKNIK SENGAL  (Read 609 times)
leospirit
Regular Member
**
Offline Offline

Posts: 30


« on: March 01, 2010, 10:12:34 AM »

Dengan suasana pasaran saham yang turun naik,adalah penting pelabur mempunyai sistem di dalam pelaburan.Ini kerana tanpa sistem yang berkesan adalah sukar dalam menjana keuntungan berkekalan dalam pasaran saham.

   1. Ramai yang menggunakan teknik ' cut losses' position didalam trading mereka.Untuk saya,sebenarnya teknik ini adalah teknik yang boleh memerangkap diri sendiri didalam 'emosi' yang tidak stabil.Seringkali anda membaca buku pelaburan diluar sana termasuk buku 'I love stock' yang mencadangkan JUAL apabila 30% return naik/lebih atau cut loss jika harga saham turun 10% turun.
   2. Pada pandangan saya, ini adalah antara kesilapan utama pelabur runcit.Teknik cut loss akan menjahanamkan anda!Tiada istilah cut loss dalam teknik zamsaham.Teknik cut loss adalah untuk orang yang tiada sistem dalam pelaburan mereka.
   3. Kalau ikut banyak buku diluar sana..mereka ajar "let the profit run and cut it short"..Betul, cuma saya hendak anda fikirkan sejenak apa yang saya ingin sampaikan dengan melihat carta diatas.
   4. Bayangkan selepas anda membeli sesuatu saham pastinya anda mengharapkan harganya naik. Tetapi sebaliknya berlaku, harganya turun 10%..dan anda pun jual (10% cut loss strategy) Tetapi selepas jual, saham tadi naik semula.Contohnya anda beli RM1.00,tiba-tiba harga nya turun RM.90sen... anda pun jual.Malangnya,selepas anda jual harganya naik semula RM1.00.Bertambah malang dan kecewa, saham yang telah dijual tadi naik mendadak sampai 2-3 ringgit.
   5. Pasti ,ramai pelabur diluar sana akan memahami apa yang saya maksudkan.Selepas anda jual,harga saham naik,..naik lebih tinggi dan tinggi lagi.
[link removed]

   6. Saya berikan contoh saham kategori 'rubber' seperti Supermax Corporation Bhd .Melalui pengalaman saya,pelabur biasanya akan masuk pada harga yang dirasanya sudah tinggi.Ambil contoh diatas,anda masuk pada harga RM1.70 pada 28 April 2009.Selang beberapa hari, harganya turun ke RM1.50..Jika anda ikut teknik "Cut loss 10% strategy sudah tentu anda mesti jual saham ini.
   7. Alangkah sayangnya,tidak lama selepas itu harganya naik sampai RM3.00.Anda pun beli balik saham ini akibat marah dan dendam.Tetapi malang selepas beli harganya turun sehingga RM2.75.Anda panik dan jual.Tidak lama selepas itu harganya naik RM5.00.(Jika tidak faham,sila rujuk carta diatas)
   8. Pastinya panjang jika hendak cerita dan huraikan satu persatu mengapa teknik cut loss adalah teknik yang tidak sesuai dipakai.

FAKTA KESILAPAN PELABUR

    * Percaya pada teknik cut loss
    * Beli semula saham yang sudah dijual pada harga yang lebih tinggi dan jual semula pada harga yang rendah.
    * Tidak mencari sistem dalam pelaburan.(Kaji system Zamcross dan Total zamcross)
    * Jika anda fikir sesuatu saham itu tinggi,anda sebenarnya silap,kerana harganya boleh tinggi lagi.Begitu juga sebaliknya,harga yang disangka sudah rendah,boleh menjadi lagi rendah

9.Jadi, apa yang ingin dikongsikan adalah jika anda ada sistem dan teknik yang betul sebenarnya anda tidak perlu panik atau gelabah dengan memikirkan adakah harga saham anda akan turun 10% atau tidak.Ini kerana 90% pelabur gagal dalam pelaburan disebabkan tiada sistem dan teknik dalam mengawal emosi ketika melabur.

10.Kesimpulannya,tiada cut loss teknik dalam apa jua bidang pelaburan 'even' perniagaan sekalipun.Kerana yang paling utama adalah sistem yang berkesan.

Sekian..
http://zamsaham.blogspot.com/
Logged
Malaysia's Biggest Investment Forum
« on: March 01, 2010, 10:12:34 AM »

 Logged
rite_brain
Associate
*****
Offline Offline

Posts: 1,933


« Reply #1 on: March 01, 2010, 11:14:40 AM »

what about a stock that

1) u bought @ RM 1.00
2) it drop to 0.90 after u pick it up
3) bcos u didn't cut loss
4) it continue to drop till 0.50 & remain there for few years

so, since u didn't cut loss, ur money is stuck, instead of using it to buy other "better" counters

how? is there a absolute right/wrong strategy/system? don't think so

Logged

It's an emotional warfare with....yourself
Nobody go bust by taking profit.
Strive to get rich slowly.
Let's make (more) money together!
uncleYado
Associate
*****
Offline Offline

Posts: 876



« Reply #2 on: March 01, 2010, 11:19:09 AM »

from my newbie experience, 90% of my loss in stock - coz I DONT DARE TO CUT LOSS!!!!  Cry Cry Cry
Logged

http://stokkbuysellbursa.blogspot.com/
uyafr
Associate
*****
Offline Offline

Posts: 8,704


« Reply #3 on: March 01, 2010, 11:36:22 AM »

sometimes cut loss is stupid, sometimes dont cut loss is also stupid.

there is no fixed rules in KLSE, you need to trade according to situation. Every situation is different.
Logged
cosmic23
Associate
*****
Offline Offline

Posts: 1,792


« Reply #4 on: March 01, 2010, 12:55:00 PM »

in my oppinion if u can sense the market going for big correction then cut loss , u will sure to get back very much cheaper later ........if it is on up trend market then don't need cut loss ........... so learn to see the market trend is important as uyafr april big crash if u blieave then bfore it happen cut loss !!!
Logged
Malaysia's Biggest Investment Forum
   

 Logged
Pages: [1]
 
 
Jump to:  

Powered by SMF 1.1.11 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC
Page created in 0.07 seconds with 22 queries.